Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah menyatakan:
الصراط لغة: الطريق. وشرعاً: الجسر الممدود على جهنم ليعبر الناس عليه إلى الجنة. وهو ثابت بالكتاب، والسنة، وقول السلف
“Ash-Shiraath
secara bahasa adalah jalan, adapun secara istilah adalah
jambatan/titian yang terbentang di atas Neraka Jahannam sebagai laluan
bagi manusia melintas (menyeberang) menuju Syurga. Dan ia tsabit
(ditetapkan kewujudannya) dengan Al-Kitab, As-Sunnah, dan perkataan
para salaf.” (Syarah Lum’atul I’tiqad al-Hadi ila Sabilir rosyad, m/s. 41)
Al-Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 573H) menyatakan:
والصِّراطُ حقٌّ يَجُوزُهُ الأَبْرارُ، ويَزِلُّ عنْهُ الفُجَّارُ
Adanya
jambatan (ash-Shirat) di antara Syurga dengan Neraka adalah satu
kebenaran yang dapat dilintasi (diseberangi) oleh orang-orang yang
baik, manakala orang-orang yang jahat akan tergelincir di ketika
menyeberanginya. (Rujuk: Matan Lum’atul I’tiqad)
Perkhabaran
tentang kewujudan Shiraath (jambatan) ini adalah sahih berdasarkan
dalil-dalil dari al-Qur’an dan as-Sunnah serta disepakati pula oleh
para ulama salaf.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
وَإِنْ مِنْكُمْ إِلا وَارِدُهَا كَانَ عَلَى رَبِّكَ حَتْمًا مَقْضِيًّا
“Dan tiada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi Neraka itu…” (Surah Maryam, 19: 71)
‘Abdullah
bin Mas’oud, Qotadah dan Zaid bin Aslam radhiyallahu ‘anhum menyatakan
bahawa maksudnya melalui jambatan. Manakala sebahagian ulama lainnya
seperti Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma menafsirkannya dengan memasuki
neraka tetapi mereka selamat darinya. (Rujuk: Tafsir Ibnu Katsir)
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
ثُمَّ يُضْرَبُ الْجِسْرُ عَلَى جَهَنَّمَ وَتَحِلُّ الشَّفَاعَةُ وَيَقُولُونَ اللَّهُمَّ سَلِّمْ سَلِّمْ
“Kemudian
dibentangkan jambatan di atas Neraka Jahannam dan berlakulah syafa’at
dan mereka mengatakan, “Ya Allah, selamatkanlah, selamatkanlah…”
(Shahih Muslim, no. 183)
Ciri-ciri ash-Shiraath (Jambatan)
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah ditanya berkenaan jambatan ini, maka beliau menjawab:
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah ditanya berkenaan jambatan ini, maka beliau menjawab:
مَدْحَضَةٌ
مَزِلَّةٌ عَلَيْهِ خَطَاطِيفُ وَكَلَالِيبُ وَحَسَكَةٌ مُفَلْطَحَةٌ
لَهَا شَوْكَةٌ عُقَيْفَاءُ تَكُونُ بِنَجْدٍ يُقَالُ لَهَا السَّعْدَانُ
“Sebuah
jambatan/laluan yang menjadikan orang tergelincir, di atasnya terdapat
sesuatu yang menyambar-nyambar dan besi yang hujungnya bengkok
(pengait) serta besi keras yang lebar dan luas tetapi memiliki duri
bengkok yang berada di daerah Nejad yang bernama duri Sa’dan.” (Shahih
Al-Bukhari, no. 7439)
وَبِهِ
كَلَالِيبُ مِثْلُ شَوْكِ السَّعْدَانِ – غَيْرَ أَنَّهَا لَا يَعْلَمُ
قَدْرَ عِظَمِهَا إِلَّا اللَّهُ فَتَخْطَفُ النَّاسَ بِأَعْمَالِهِمْ
“Dan
padanya (jambatan) itu memiliki besi yang hujungnya bengkok seperti
duri sa’dan – cuma tidak ada yang mengetahui ukuran saiznya melainkan
Allah. Ia akan menyambar manusia bersesuaian dengan amal perbuatan
mereka.” (Shahih Al-Bukhari, no. 6573)
جِسْرٌ أَدَقُّ مِنْ الشَّعْرِ وَأَحَدُّ مِنْ السَّيْفِ
“Jambatan
tersebut lebih halus dari sehelai rambut dan lebih tajam dari mata
pedang.” (Musnad Ahmad, no. 24793. Dinilai dha’if oleh Syu’aib
Al-Arnauth)
Daripada Abu Sa’id al-Khudri, katanya:
بَلَغَنِي أَنَّ الْجِسْرَ أَدَقُّ مِنَ الشَّعْرِ، وَأَحَدُّ مِنَ السَّيْفِ
“Telah
sampai kepadaku bahawa jambatan tersebut lebih halus dari sehelai
rambut dan lebih tajam dari mata pedang.” (Shahih Ibnu Hibban, no.
7377. Dinilai sahih oleh Syu’aib Al-Arnauth dan Al-Albani)
Cara Melintasi ash-Shiraath (Jambatan)
Tidak akan dapat melintasinya melainkan orang-orang mukmin bersesuaian dengan kadar amal perbuatan mereka, manakala bagi orang-orang kafir, mereka serta-merta dihumban ke neraka sebaik dihisab. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
Tidak akan dapat melintasinya melainkan orang-orang mukmin bersesuaian dengan kadar amal perbuatan mereka, manakala bagi orang-orang kafir, mereka serta-merta dihumban ke neraka sebaik dihisab. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
فَيَمُرُّ
الْمُؤْمِنُونَ كَطَرْفِ الْعَيْنِ وَكَالْبَرْقِ وَكَالرِّيحِ
وَكَالطَّيْرِ وَكَأَجَاوِيدِ الْخَيْلِ وَالرِّكَابِ فَنَاجٍ مُسَلَّمٌ
وَمَخْدُوشٌ مُرْسَلٌ وَمَكْدُوسٌ فِي نَارِ جَهَنَّمَ
“Orang-orang
yang beriman akan melaluinya seperti kerdipan mata, dan ada yang
seperti kilat, angin, burung, kuda yang baik dan unta. Maka merekalah
yang selamat dan diselamatkan. Ada pula yang dicabik-cabik lalu
dilepaskan dan ada pula yang masuk ke dalam Neraka Jahannam.” (Muttafaq
‘Alaih: Shahih Al-Bukhari, no. 7439. Muslim, no. 183)
Dalam riwayat yang lain dalam Shahih Muslim disebutkan:
تَجْرِي
بِهِمْ أَعْمَالُهُمْ وَنَبِيُّكُمْ قَائِمٌ عَلَى الصِّرَاطِ يَقُولُ
رَبِّ سَلِّمْ سَلِّمْ حَتَّى تَعْجِزَ أَعْمَالُ الْعِبَادِ حَتَّى
يَجِيءَ الرَّجُلُ فَلَا يَسْتَطِيعُ السَّيْرَ إِلَّا زَحْفًا
“Mereka
berjalan bersesuaian dengan amal perbuatan mereka, dan Nabi kamu
berdiri di atas jambatan sambil berdoa, “Ya Rabb, selamatkanlah,
selamatkanlah…” Sehingga amal perbuatan tersebut tidak mampu lagi
membawanya sehingga ada yang tidak mampu berjalan melainkan dengan cara
merangkak.” (Shahih Muslim, no. 195)
Dalam lafaz Al-Bukhari:
حَتَّى يَمُرَّ آخِرُهُمْ يُسْحَبُ سَحْبًا
“Sehingga yang terakhir melaluinya dengan menyeret badannya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 7439)
Yang
pertama sekali menyeberangi jambatan ini dari kalangan para Nabi adalah
Rasulullah Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan bagi seluruh
manusia adalah umat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
berdasarkan sabdanya:
فَأَكُونُ
أَنَا وَأُمَّتِي أَوَّلَ مَنْ يُجِيزُهَا وَلَا يَتَكَلَّمُ يَوْمَئِذٍ
إِلَّا الرُّسُلُ وَدَعْوَى الرُّسُلِ يَوْمَئِذٍ اللَّهُمَّ سَلِّمْ
سَلِّمْ
“Aku
dan umatku adalah yang pertama sekali menyeberanginya, dan ketika itu
tiada yang berbicara melainkan para Rasul, dan doa para Rasul pada
ketika itu adalah, “Ya Allah, selamatkanlah, selamatkanlah…” (Shahih
Al-Bukhari, no. 7437)
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) menyimpulkan bahawa:
والصراط
منصوب على متن جهنم وهو الجسر الذي بين الجنة والنار يمر الناس على قدر
أعمالهم فمنهم من يمر كلمح البصر ومنهم من يمر كالبرق ومنهم من يمر كالريح
ومنهم من يمر كالفرس الجواد ومنهم من يمر كركاب الإبل ومنهم من يعدو عدوا
ومنهم من يمشي مشيا ومنهم من يزحف زحفا ومنهم من يخطف خطفا ويلقى في جهنم
. فإن الجسر عليه كلاليب تخطف الناس بأعمالهم فمن مر على الصراط دخل الجنة
فإذا عبروا عليه وقفوا على قنطرة بين الجنة والنار فيقتص لبعضهم من بعض
فإذا هذبوا ونقوا أذن لهم في دخول الجنة
Ash-Shiraath
dibentangkan di atas neraka jahannam, ia adalah jambatan/titian di
antara Syurga dan Neraka. Manusia melaluinya (meniti di atasnya)
bersesuaian dengan kadar amal perbuatan mereka, di antara mereka ada
yang melaluiya sepantas kerdipan mata, ada yang melaluinya seperti
kilat, ada yang melaluinya selaju angin, ada yang melaluinya seperti
larian kuda, ada yang melaluinya seperti menunggang unta, ada yang
melaluinya dengan berlari, ada yang melaluinya dengan berjalan, dan ada
yang melaluinya dengan merangkak. Di antara mereka ada yang disambar
lalu dilemparkan ke dalam jahannam, kerana di jambatan/titian tersebut
terdapat besi pengait yang menyambar manusia bersesuaian dengan
amalnya. Sesiapa yang berjaya melepasi titian siraath, dia masuk
syurga. Apabila mereka telah melaluinya, maka mereka berhenti di
jambatan di antara syurga dan neraka, lalu dilaksanakan qishash dari
sebahagian untuk sebahagian yang lain. Apabila mereka telah disucikan
dan dibersihkan, mereka diizinkan masuk syurga. (Al-Aqidah
Al-Wasithiyah, m/s. 20)
Diambil dan disunting dari Syarah Lum’atul I’tiqad milik Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah